Polis tahan tujuh individu syarikat penyiaran kes ubah wang haram

Pegawai kanan syarikat penyiaran antara tujuh ditahan berkaitan kes pengubahan wang haram

JENAYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah syarikat penyiaran di Sarawak dipercayai ditahan polis berkaitan kes pengubahan wang haram. 

Difahamkan kesemua individu berusia antara 20-an hingga 60-an itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, hari ini. 

Menurut sumber, mereka ditahan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Selain pengubahan wang haram, mereka dipercayai ditahan berkaitan kes penipuan, pecah amanah, dan salah guna kuasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Difahamkan, pihak AMLA menyerbu pejabat dan merampas pelbagai dokumen di syarikat penyiaran terbabit di Sarawak. 

Difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan Bukit Aman berhubung kes itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya