Polis tahan lelaki ugut Harith Iskander, keluarga

Polis tahan lelaki ugut Harith Iskander, keluarga

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengugut pelakon dan pelawak popular, Harith Iskander dan keluarganya, hari ini.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, lelaki berusia 31 tahun tersebut ditahan selepas pengurus pelawak tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 7.31 petang, kelmarin.

Katanya, suspek telah menghubungi mangsa ketika berada di sebuah lokasi di Masjid India pada pukul 11.21 pagi, Selasa lalu.

Razarudin berkata, mangsa telah menerima ugutan keras susulan kenyataan pelawak terbabit berhubung hantaran dalam akaun Facebooknya mengenai isu ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam.

“Kejadian kedua pula adalah pada pukul 3 petang kelmarin semasa pengurusnya berada di sebuah restoran nasi lemak di Jalan Bunus 6, di sini.

“Mangsa dilaporkan telah menerima gambar pegun anaknya bersama mesej berbaur ugutan,” katanya.

Razarudin berkata, suspek direman bermula hari ini hingga 28 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun sama.

Dalam pada itu, polis turut merampas telefon bimbit suspek bagi membantu siasatan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, keluarga Harith Iskander menerima ancaman kejam hingga menyebabkan Program komedi berdiri ‘Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter’ dibatalkan.

Perkara itu didedahkan sendiri isteri yang juga pengurus pelawak terbabit, Dr. Jezamine Lim, yang memaklumkan keluarganya menerima ancaman sangat kejam terutama terhadap anak-anak mereka.

Pada 21 Januari, Harith didakwa memuat naik hantaran dengan memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.

Hantaran berkenaan didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam apabila seorang pengguna media sosial meninggalkan komen pada hantaran itu yang dipercayai mengaitkan ‘ham’ dengan nama Nabi Muhammad SAW. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya