Polis rakam keterangan Hannah Yeoh dalam masa terdekat

Polis rakam keterangan Hannah Yeoh dalam masa terdekat

AZRY Akmar Ayob ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berhubung kontroversi buku ‘Becoming Hannah’ dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob, memaklumkan sebanyak 157 laporan polis telah diterima di seluruh negara, termasuk lapan laporan di ibu negara.

“Daripada jumlah tersebut, kita (polis) telah mengambil keterangan daripada 45 individu setakat ini. 

“Bagaimanapun, keterangan Hannah masih belum direkodkan dan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, Hannah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 23 Disember susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Hannah berkata, semua pihak harus menghormati proses kehakiman dan tidak mempolitikkan isu ini.

“Laporan polis akan dibuat terhadap video-video atau mesej-mesej berniat jahat yang mampu menjejaskan rayuan saya.

“Saya menghormati proses kehakiman, namun sudah pasti saya kecewa dengan keputusan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya