Polis peroleh dashcam kemalangan maut dua beradik - Utusan Malaysia

Polis peroleh dashcam kemalangan maut dua beradik

ZULKAFLI Sariaat (tengah) merasmikan pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2025 di Plaza Tol Taiping Selatan WCE hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis Perak sudah mendapatkan kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan dalam kemalangan yang menyebabkan dua beradik maut semasa kejadian di Ipoh pada 8 Januari lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dan meminta orang ramai bersama terhadap proses yang dijalankan.

“Dashcam sudah dapat, cuma dalam proses siasatan dan pendakwaan kita tidak uar-uarkan. Tak semua maklumat kita dedahkan kerana boleh mengganggu siasatan dan pendakwaan. Tapi dashcam kita sudah dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2025 peringkat PDRM Kontinjen Perak di Plaza Tol Taiping Selatan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini.

Beliau ditanya sedemikian memandangkan terdapat tular dalam media sosial yang mendakwa orang yang melanggar mangsa masih bebas dan mahu sesiapa sahaja tampil berkongsikan rakaman kemalangan tersebut.

Zulkafli mahu semua pihak memberikan kepercayaan kepada pasukan polis yang menjalankan tugas dengan telus dan jujur.

Dalam kejadian kemalangan tersebut, Nur Amira Balqis Armi, 22 dalam perjalanan menghantar adiknya, Tsa Muhammad Amirul Armi, 15, ke sekolah sebelum pergi ke tempat kerja menggunakan motosikal.

Mengikut laporan berita sebelum ini, sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire yang dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat menjadi punca kemalangan mengorbankan dua beradik itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Puteh di sini.

Sementara itu beliau berkata, seramai 250 orang pegawai kanan dan pegawai rendah polis akan terlibat dalam Kempen Op Selamat 23 sempena Tahun Baru Cina kali ini bermula 28 Januari hingga 2 Februari di Perak.

Katanya, statistik kemalangan semasa Op Selamat 21 yang lalu menyaksikan sebanyak 892 kes kemalangan dengan rekod sembilan kemalangan maut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya