Polis panggil ibu bapa kanak-kanak letak batu, paku atas jalan raya

Polis panggil ibu bapa kanak-kanak letak batu, paku atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang melakukan perbuatan khianat dengan meletakkan batu, kayu dan paku di atas jalan raya atas tujuan suka-suka dipanggil polis semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd. Sabri Zainol berkata, pihaknya memanggil dan menasihatkan ibu bapa kanak-kanak tersebut supaya mengawasi anak masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai objek seperti batu, kayu dan paku yang diletakkan di atas jalan raya di KM20 Semporna-Tawau pada pukul 6.27 malam pada Ahad.

Berdasarkan laporan, pengadu yang merupakan seorang lelaki memaklumkan semasa tiba di lokasi KM20 Semporna-Tawau ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.30 pagi, dia terlihat beberapa objek seperti batu, kayu dan paku di atas jalan raya.

“Objek tersebut dipercayai diletakkan secara sengaja oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan yang berlaku terhadap pengguna jalan raya.

“Pengadu bersama pemandu bas pelancong lain telah bertindak membuang objek-objek yang diletakkan di atas jalan raya bagi mengelakkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya agar berhati-hati dan maklumkan kepada polis tentang sebarang insiden di talian 089-782020 atau di balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya