Polis minta bantuan kesan warga emas hilang hampir tiga bulan 

Polis minta bantuan kesan warga emas hilang hampir tiga bulan 

T'NG Kwi Soon @ Abdul Rahim Abdullah dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya di Felda Lui Timur, Jempol sejak tiga bulan lalu.-GAMBAR/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang warga emas lelaki yang dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya di Felda Lui Timur, di sini, hampir tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kehilangan warga emas itu yang juga mualaf, T’ng Kwi Soon @ Abdul Rahim Abdullah berusia 81 tahun itu dibuat oleh adik iparnya di Balai Polis Sungai Lui kira-kira 9.54 pagi, 18 Oktober tahun lalu.

Menurutnya, warga emas tersebut tidak pulang ke rumah sejak keluar pada 10 Oktober lalu dan sehingga kini masih belum dijumpai.

“Orang Hilang (OH) dianggarkan berketinggian 165 sentimeter, berbadan sederhana, berkulit putih, berambut hitam pendek dan pakaian terakhirnya sebelum hilang adalah berkemeja lengan panjang dan berseluar panjang warna krim.

“Dia sebelum ini dilaporkan pernah hilang namun kembali semula ke rumahnya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Chang Hook menyeru orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenainya untuk segera menghubungi Balai Polis Sungai Lui di nombor 06-4692222 atau Pemangku Ketua Polis Balai Sungai Lui, SM Faizul Md Zan di nombor 013-3076281. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya