Polis kesan pemandu tidak beri laluan ambulans

Polis kesan pemandu tidak beri laluan ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Polis sedang mengesan dua pemandu kenderaan yang tidak memberi laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan di KM25 Jalan Johor Bahru-Air Hitam arah ke Johor Bahru, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 26 saat pada 2.30 petang semalam yang memaparkan dua kenderaan dipercayai dipandu lelaki warga tempatan tidak memberi laluan kepada ambulans.

“Ambulans itu dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai mengambil tindakan mengesan pemandu kenderaan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Kaedah 9 LN166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di TikTok video yang memaparkan dua kenderaan yang tidak memberi laluan kepada ambulans dan seolah mengambil kesempatan dengan membuka ‘double signal’ dan bergerak di tengah laluan kenderaan yang sedang memberi laluan kepada ambulans berkenaan.

Seng Lee berkata, beliau mengingatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

“Hendaklah apabila mendengar atau melihat kehadiran kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba atau polis, pastikan memberikan laluan dengan segera dan selamat bagi memastikan kelancaran perjalanan demi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya