PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Hussin Othman pada pukul 7.15 malam, hari kejadian.
“Hussin dilihat kali terakhir keluar dari Wad 24, Aras 5, HKL sekitar pukul 6 petang.
“Dia berketinggian kira-kira 168 sentimeter, berambut putih, memakai cermin mata, bertongkat serta mengenakan pakaian berwarna kelabu dengan logo ‘mini love’, seluar pendek kelabu, berselipar dan membawa bungkusan plastik merah dan putih,” katanya dalam kenyataan semalam.
Tambahnya, polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Hussin untuk menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 0326002264, Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 0326002222 atau tampil di balai polis berhampiran. – UTUSAN