Polis cari suspek khianat calar kereta

Polis cari suspek khianat calar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mencalarkan kereta milik seorang wanita di Bandar Country Homes, Rawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 6.25 petang selepas mangsa menyedari terdapat kesan calar pada pintu sebelah penumpang kenderaannya.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 27 Januari antara pukul 10 pagi hingga 6 petang.

“Mangsa seorang wanita berusia 41 tahun, memaklumkan bahawa dia meletakkan kenderaannya dalam keadaan baik di Jalan Desa 9/4, Bandar Country Homes. 

“Namun, apabila kembali semula, dia mendapati pintu keretanya telah bercalar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, usaha mengesan suspek masih diteruskan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap harta benda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Amirul Asyraf Abu Hassan di talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya