Polis buru saki-baki penyerang Maritim Malaysia 

Polis buru saki-baki penyerang Maritim Malaysia 

HUSSEIN Omar Khan ketika sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi Sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS 2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis giat mengesan saki-baki kumpulan warga asing yang bertindak agresif menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kejadian di perairan Tanjung Rhu, Banting, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya percaya masih terdapat beberapa lagi individu yang terlibat berdasarkan kapasiti bot yang dinaiki kumpulan terbabit.

“Berdasarkan saiz bot terbabit, ia mampu memuatkan antara 15 hingga 20 individu. 

“Oleh itu, kita percaya masih ada saki-baki penyerang yang belum ditahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi Sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS 2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), hari ini.

Menurut Hussein, siasatan awal mendapati tiada sebarang senjata berbahaya ditemukan di dalam bot yang digunakan kumpulan tersebut.

“Bot itu dipercayai cuba melarikan diri keluar dari perairan negara namun bertembung dengan pasukan rondaan Maritim Malaysia.

“Mereka bertindak agresif dengan melanggar bot penguat kuasa sebanyak empat kali serta menyerang menggunakan parang. 

“Demi mempertahankan diri, anggota penguat kuasa melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot suspek,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, bot yang dinaiki kumpulan terbabit berjaya meloloskan diri dalam suasana gelap. 

Tambahnya, empat individu yang cedera akibat tembakan kini dalam keadaan stabil.

“Seorang daripada suspek telah dirakam percakapan, manakala tiga lagi masih dalam proses rawatan sebelum siasatan lanjut dilakukan,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang warga asing maut, manakala empat lagi cedera dalam insiden sekitar pukul 3 pagi, Jumaat lalu.

Suspek yang cedera menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya