Polis buat sekatan jalan raya, periksa individu masuk Putrajaya

Polis buat sekatan jalan raya, periksa individu masuk Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan sekatan jalan raya di beberapa jalan masuk ke Putrajaya esok bagi memastikan orang ramai tidak menghadiri himpunan solidariti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan ketat ke atas semua individu yang memasuki kawasan Putrajaya esok.

“Ia bagi memastikan tiada senjata, kain rentang dan sepanduk mengandungi perkataan atau berunsur jelik berupa hasutan dibawa.

“Orang ramai dilarang untuk menyertai perhimpunan aman itu esok kerana ia tidak mendapat kebenaran dari pemilik tanah sekaligus tidak mematuhi syarat-syarat seperti yg termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang menyertai himpunan yang melanggar undang-undang.

Menurutnya, seramai 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan membuat kawalan keselamatan di Istana Kehakiman dan kawasan sekitarnya.

“Orang ramai diingatkan supaya jangan hadir ke perhimpunan itu esok,” katanya.

Semalam, beliau dilapor berkata, permohonan penganjuran himpunan itu yang diterima pada 31 Disember lalu ditolak tidak memenuhi syarat dan keputusan sudah dimaklum kepada penganjuran pada Jumaat lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya