Polis bongkar kegiatan proses dadah dalam tandas di hutan

Polis bongkar kegiatan proses dadah dalam tandas di hutan

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Tindakan seorang lelaki menjadikan tandas dalam kawasan hutan di Cangkat Bukit Gambir, Gelugor, di sini sebagai ‘makmal’ tempat memproses serta mengedar dadah akhirnya terbongkar selepas tempat itu diserbu polis, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, penahanan suspek membawa kepada rampasan sejumlah dadah jenis heroin bersama pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah tersebut.

Katanya, suspek berusia 47 tahun itu dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah sejak awal Disember 2024.

“Dadah (heroin) yang dianggarkan seberat 5.35 kilogram (kg) bernilai RM51,370 yang dirampas itu dipercayai mampu digunakan oleh 26,755 orang atau untuk 26,755 kali penggunaan (jika terlepas ke pasaran gelap),” katanya di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rozak, hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine selain memiliki 10 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 8 Januari depan untuk siasatan lanjut,” katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tambah beliau, susulan serbuan itu juga, sebuah motosikal jenis Honda Wave bernilai RM3,500 turut disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya