Pokok cengal 200 tahun terbakar sejak Isnin

Penduduk tidak tidur nyenyak, risau pokok cengal 200 tahun terbakar hempap rumah

ANGGOTA bomba dan penyelamat melakukan operasi memadam pokok cengal dipercayai berusia 200 tahun yang terbakar sejak Isnin lepas di Kampung Kedah, Guar Kepayang di Pendang, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Penduduk Kampung Kedah, Guar Kepayang di sini, tidak nyenyak tidur kerana bimbang sebatang pokok cengal dipercayai berusia hampir 200 tahun yang terbakar sejak awal pagi Isnin lepas, tumbang menghempap rumah.

Tinjauan akhbar ini di kampung tersebut hari ini mendapati, anggota bomba dan penyelamat giat melakukan operasi pemadaman dan penyejukan di kawasan tersebut termasuk mengawal keadaan bagi mengelak insiden buruk.

Seorang penduduk, Mokhtar Lebai Abdul Rahman, 62, berkata, kebakaran pokok sebesar 10 pemeluk orang dewasa itu dipercayai berlaku pukul 3.30 pagi yang disedari oleh isterinya, Masitah Hassan, 62.

“Kami menelefon bomba yang sampai 20 minit kemudian. Api marak dengan cepat dan sampai sekarang api masih ada di dahan pokok ini. Memandangkan pokok ini terletak di sebelah rumah kami, bomba nasihatkan kami berpindah ke rumah jiran buat sementara waktu. Penduduk kampung percaya pokok ini sudah berusia lebih 200 tahun,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu menurut jirannya, Rozana Hashim, 54, mereka sekeluarga juga tidak dapat tidur lena sejak hari kejadian kerana bimbang insiden buruk berlaku.

“Kami risau juga takut pokok tumbang ke rumah. Tidur pun tak lena tetapi apabila anggota bomba ditempatkan di sini untuk berjaga-jaga pada waktu malam legalah sikit. Kami tidak pasti bagaimana kebakaran ini berlaku tetapi pada hari kejadian api marak dengan cepat. Agak sukar nak padam sebab pokok tinggi dan kayu cengal ini liat,” katanya.

Sementara itu, pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pendang, Pegawai Bomba Mohamad Arizal Mahmud berkata, sebanyak 10 anggota ditugas melakukan pemadaman kebakaran itu.

“Kami melakukan pemadaman dan penyejukan untuk memastikan bara api pokok ini tidak merebak dan pokok tidak tumbang menimpa rumah penduduk. Seramai 10 anggota ditempatkan sejak hari kejadian untuk memastikan kebakaran ini terkawal. Operasi sukar kerana masalah angin namun kita percaya ia akan tamat dalam tempoh 24 jam ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya