PM terima kunjungan delegasi DPIM, bincang inisiatif ekonomi Islam - Utusan Malaysia

PM terima kunjungan delegasi DPIM, bincang inisiatif ekonomi Islam

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya, Datuk Mohammad Sahar Mat Din, semalam.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu, pelbagai cadangan berkenaan pembangunan ekonomi dibincangkan termasuk konsep wakaf dan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam perniagaan.

“Saya hargai cadangan dikemukakan DPIM yang selari dengan hasrat Kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea-idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan-dewan perniagaan dan perdagangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

DPIM yang ditubuhkan pada 1993 memainkan peranan penting dalam menyatukan peniaga dan pengusaha Muslim demi memperkukuh ekonomi Islam di negara ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya