PM Singapura lawat Malaysia mulai esok - Utusan Malaysia

PM Singapura lawat Malaysia mulai esok

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dijadualkan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke negara bagi menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia – Singapura (ALR) Ke-11, bermula esok.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) berkata, Wong akan diraikan dalam satu Majlis Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya diikuti dengan mesyuarat delegasi ALR bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kementerian itu, satu kenyataan akhbar bersama akan dikeluarkan selepas mesyuarat ALR tersebut.

“Semasa lawatan tersebut, kedua-dua pihak dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Singapura serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Kedua-dua Pemimpin juga dijadualkan untuk menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta enam Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Surat Niat yang merangkumi pendidikan, wanita dan kebajikan sosial, perubahan iklim, penangkapan dan penyimpanan karbon, pembangunan bandar dan usaha memerangi jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra berkata, sebagai negara jiran dan salah satu rakan utama dalam ASEAN, Malaysia dan Singapura menjalin hubungan erat dan meluas dalam pelbagai bidang.

“Kedua-dua negara kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar antara satu sama lain, dengan jumlah dagangan dua hala mencecah AS$78.59 bilion (RM360.12 bilion) dari Januari hingga November 2024, meningkat sebanyak 6.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.

“Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya