PM Jepun diberi sambutan rasmi negara

PM Jepun diberi sambutan rasmi negara

SHIGERU Ishiba memeriksa pasukan kawalan kehormatan ketika sambutan rasmi negara sempena lawatan ke Malaysia di Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba yang dalam lawatan pertamanya ke Malaysia diberi sambutan rasmi negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Ishiba disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar pukul 9.02 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Beliau kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai oleh Mejar Arifuddin Mohd Yusuf.

Majlis itu turut dihadiri pasangannya, Yoshiko Ishiba dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Jemaah Menteri dan pengurusan tertinggi kerajaan.

Kedua-dua pihak dijangka meneliti semula kemajuan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Jepun, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia dan kerjasama dalam bidang tenaga.

Kedua-dua Perdana Menteri juga dijangka  bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, termasuk situasi di Timur Tengah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya