PM bertemu syarikat gergasi UAE

PM bertemu syarikat gergasi UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan hari kedua beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengadakan pertemuan bersama syarikat gergasi negara berkenaan.

Pertemuan tertutup itu melibatkan tiga pengurus tertinggi syarikat tenaga UAE, Masdar dan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA).

Pertemuan Anwar dimulakan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al-Ramahi, diikuti dengan Pengarah Urusan ADIA, Sheikh Hamed bin Zayed Al-Nahyan dan diikuti Pengarah Urusan serata CEO Mubadala, Khaldoon Khalifa Al-Mubarak.

Masing-masing merupakan syarikat milik kerajaan yang terlibat langsung dalam pelbagai aktiviti pelaburan termasuk sektor tenaga, teknologi, dan pusat data.

Pertemuan berkenaan sebagai usaha meneruskan kecemerlangan kerjasama yang dicapai semasa lawatan Perdana Menteri terdahulu yang berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (AS$8.6 billion).

Di samping itu, ia juga sebagai lembaran baharu kerjasama perdagangan dan pelaburan menjelang berkuatkuasanya Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA) yang akan dimeterai dalam lawatan kerja kali ini.

Perbincangan dijangka akan memberi fokus kepada hubungan dua hala serta peluang meneroka tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan dan tenaga serta kecerdasan buatan selain pusat data yang menjadi kepentingan bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN