PM bantu Ko-Khawan agih bantuan kepada golongan memerlukan

PM bantu Ko-Khawan agih bantuan kepada golongan memerlukan

ANWAR Ibrahim (dua dari kanan) dan Eng Yee Koon (dua dari kiri) ketika menghadiri Program Muhibbah MADANI yang berlangsung di pekarangan bangunan MBSP di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seramai 2,000 pelajar dari keluarga B40 dan anak yatim menerima beg, uniform sekolah serta alat tulis sempena Program Muhibbah MADANI yang berlangsung di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Bandar Perda, di sini, hari ini

Selain itu, sebanyak 6,500 keluarga B40 pula menerima barangan dapur dan keperluan asas harian dengan bernilai RM100 sumbangan Koperasi Khazanah Usahawan Berhad (Ko-Khawan) menerusi Yayasan Muhibah Malaysia.

Program berkenaan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dalam ucapannya sebelum itu berkata, inisiatif yayasan tersebut wajar dipuji kerana bersetuju untuk menganjurkan program yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Terima kasih kepada Yayasan Muhibah dan Yayasan Global Mesra kerana mengambil inisiatif dan bekerjasama dengan Bank Rakyat serta MBSP termasuk kerajaan negeri untuk menyelaras dan memudahkan.

“Program ini bukan sahaja menyantuni rakyat, malah banyak inisiatif daripada badan sukarela. Sebab itu saya pilih untuk hadir berikan dokongan atas usaha yang baik ini,” kata Anwar.

Sementara itu, Pengerusi Ko-Khawan, Datuk Eng Yee Koon berkata, program tersebut merupakan program bantuan berskala besar yang berlangsung di Parlimen Permatang Pauh setakat ini.

“Kami amat terharu dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pimpinan sama ada peringkat nasional dan negeri untuk menjayakan program kali ini.

“Ini membuktikan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut memiliki matlamat yang sama iaitu membantu meningkatkan taraf hidup rakyat yang kurang bernasib baik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya