Plat ANU 1 rekod bidaan tertinggi RM269,000 - Utusan Malaysia

Plat ANU 1 rekod bidaan tertinggi RM269,000

MOHAMMAD Yusoff Abustan dalam sidang akhbar mengenai Operasi Khas Ambang Tahun Baharu 2025 di Meru Raya di Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan hasil lebih RM2.36 juta menerusi bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri ANU.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, bidaan bagi siri tersebut merekodkan ANU 1 sebagai nombor pendaftaran yang dibida pada harga paling tinggi iaitu sebanyak RM269,000.

Katanya, bidaan nombor pendaftaran yang berlangsung selama lima hari bermula 19 hingga 23 Disember lalu itu telah menarik penyertaan seramai 1,768 pembida.

“Nombor pendaftaran siri ANU ini mendapat sambutan baik dalam kalangan pembida apabila sebanyak 3,794 nombor telah berjaya dijual.

“Bagaimanapun, nombor siri ANU ini masih belum menandingi nombor siri AMG apabila merekodkan kutipan hasil lebih RM6 juta. Siri AMG ini masih mendahului untuk negeri Perak kerana terdapat ramai peminat kereta jenis Mercedes-Benz,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai Operasi Khas Ambang Tahun Baharu 2025 di Meru Raya, di sini hari ini.

Terdahulu, JPJ Perak membuka bidaan bagi nombor plat kenderaan siri ANU dengan proses pendaftaran dan bidaan dilakukan secara dalam talian melalui platform https://jpjebid.jpj.gov.my dan keputusan diketahui pada 24 Disember lalu.

Sebelum ini, beberapa siri nombor pendaftaran Perak yang bermula dengan huruf A menjadi perhatian kerana ia boleh membentuk pelbagai perkataan dalam perbualan harian.

Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan ‘AKU’ menjadi nombor pendaftaran paling popular di negeri ini sehingga mengumpul nilai bidaan mencecah jutaan ringgit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya