PKR kembali ketuai Pengerusi PH Sabah?

PKR kembali ketuai Pengerusi PH Sabah?

MUSTAPHA Sakmud (duduk-tengah) semasa sidang akhbar di Pejabat MPN PKR Sabah di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persoalan siapakah yang akan dilantik bagi mengetuai Pakatan Harapan (PH) Sabah termasuk berkenaan kuota tersebut dikembalikan kepada PKR hanya akan diumumkan kemudian.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud malah berkata ia termasuklah kemungkinan dirinya yang akan dilantik sebagai Pengerusi PH Sabah sekiranya pemilihan Datuk Ewon Benedick ditolak Majlis Presiden PH.

“Kita akan bercakap mengenai perkara ini apabila tiba masanya. Cuma apa yang penting kita bincang mengenai perkara dasar dulu…selesaikan perihal dasar dulu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat MPN PKR Sabah, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Sepanggar itu, beliau menerima keputusan pemilihan sedia ada yang memutuskan Ewon sebagai Pengerusi PH Sabah namun disebabkan timbulnya perbalahan pandangan maka perkara itu dibawa kepada Majlis Presiden untuk diputuskan.

“Kita terima keputusan daripada segi teknikal..kita terima cuma ada pandangan-pandangan berbeza yang masuk. Jadi, apabila timbul perbalahan pandangan, ini memerlukan campur tangan Majlis Presiden bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Majlis Presiden ini pun turut dianggotai oleh Ewon Benedick sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan beliau boleh menyatakan pandangan beliau kepada Majlis Presiden,” katanya lagi.

Mustapha berkata, selama ini Pengerusi PH Sabah adalah daripada PKR dan memang ditetapkan di peringkat nasional setiap negeri parti mana yang akan mengetuai PH, begitu juga di Sabah.

Jadi menurutnya, dasar itu sepatutnya dikekalkan cuma mungkin ada kesilapan teknikal semasa pemilihan dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya