Pilih kualiti, jangan terpedaya pakej haji harga murah - Utusan Malaysia

Pilih kualiti, jangan terpedaya pakej haji harga murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal jemaah haji dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengutamakan kualiti serta pengalaman syarikat pengurusan haji berbanding hanya memilih kerana harga murah.

Ketua Pegawai Strategik MKM Ticketing Travel & Tours, Dr. Abdul Hadi Abdul Raman berkata, selain tidak terpedaya dengan tawaran harga murah, bakal jemaah juga perlu melihat dari sudut keselasaan ketika memilih pakej dan syarikat pengurusan.

“Saban tahun, kita mendapat pelbagai aduan daripada ramai pihak terjebak dengan pakej murah yang akhirnya menjadi mangsa penipuan.

“Nasihat kami, pilihlah syarikat yang berlesen dan berpengalaman,” katanya.

Tambah Abdul Hadi lagi, MKM sentiasa komited dalam menyediakan khidmat pengurusahn haji dan umrah yang terbaik demi memenuhi kehendak serta keperluan bakal jemaah untuk menunaikan ibadah.

“Kami memperkenalkan Pakej Haji Eksklusif yang menawarkan pengalaman unik kepada jemaah. Pakej ini termasuk penginapan bertaraf lima bintang yang terletak hanya 50 meter dari Masjidil Haram.

“Pakej Haji Eksklusif ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuk visa, pengangkutan, bimbingan ibadah dan sokongan mutawif yang berpengalaman. Matlamat MKM adalah untuk memastikan setiap jemaah dapat memberi tumpuan penuh kepada ibadah mereka.

“Kami juga ingin memastikan semua jemaah dapat menikmati ibadah dengan selesa tanpa perlu memikirkan hal-hal lain,” tambahnya.

Untuk indo, sejak mula mendapat kelulusan membawa jemaah haji pada tahun 2016, MKM telah berjaya membantu lebih 10,000 jemaah dari Malaysia dan Indonesia dengan 10 cawangan termasuk di luar negara.

Abdul Hadi menambah, MKM menyasarkan seramai 2,000 jemaah Haji pada musim 2025, dengan sasaran jualan mencecah RM150 juta.

“Kami yakin pengalaman Haji premium ini mampu memenuhi keperluan semua jemaah tanpa mengira latar belakang.

“Bakal jemaah yang layak, termasuk mereka yang membuat rayuan atau ingin menunaikan Haji secara persendirian, digalakkan untuk mendaftar segera. Pendaftaran akan diterima sehingga tarikh yang akan diumumkan oleh Tabung Haji,” ujarnya.

pakej haji MKM bermula daripada RM54,900 hingga RM275,000, bergantung kepada pilihan kemudahan dan perkhidmatan.

Bagi mereka yang berminat, MKM Ticketing Travel & Tours boleh dihubungi di 011-1121 4188 atau layari laman web rasmi di haji.mkm.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya