Petronas sumbang alat masak skala besar kegunaan di PPS

Petronas sumbang alat masak skala besar kegunaan di PPS

MOHAMMAD  Ahmad Shazly Ramli (dua dari kiri) bersama Rohani Ibrahim (dua dari kanan) pada gimik pelancaran  set peralatan memasak di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menerima set lengkap memasak berskala besar untuk kegunaan di pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan kawasan terjejas banjir yang kritikal.

 Sumbangan tersebut disampaikan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim.

Rohani berkata, peralatan itu ialah sebanyak 30 set periuk dan masing-masing 30 unit kawah, dapur memasak, bekas nasi (27 liter), bekas minuman (26 liter) dan  cerek air aluminium (7 liter). 

“Peralatan ini diletakkan di Depoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pengkalan Chepa di sini, terlebih dahulu. Kita agihkan mengikut keperluan PPS yang kritikal bagi kegunaan mereka untuk memasak,” katanya ketika ditemui pada majlis sumbangan oleh Petronas di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Rohani berkata, selain itu Petronas  Dagangan Berhad (PDB) turut menyumbang 80 unit gas cecair petroleum (LPG) sebagai pelengkap kepada keperluan memasak di PPS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya