Pesta mabuk ambang tahun baharu, 21 beragama Islam ditahan

Pesta mabuk ambang tahun baharu, 21 beragama Islam ditahan

PEGAWAI penguat kuasa JAINJ membuat pemeriksaan ke atas pengunjung dalam Op Ambang di Johor Bahru. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keseronokan sembilan individu Islam yang berpesta minum arak dan parti buih di sebuah hotel di Perling, di sini sempena sambutan tahun baru terbantut apabila diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pemeriksaan dilakukan dalam sebuah kafe di hotel berkenaan selepas mendapat aduan tentang aktiviti tidak bermoral itu.

Operasi antara pukul 11 malam hingga 3 pagi melibatkan 11 pegawai dan anggota JAINJ serta enam kakitangan Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru itu,  seramai 29 individu Muslim diperiksa yang terdiri daripada pekerja dan pengunjung dalam premis tersebut.

“Pemeriksaan mendapati hotel tersebut menyediakan ruang untuk menganjurkan pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

“Sembilan yang terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita didapati positif alkohol,.Mereka adalah lima warga tempatan dan empat warganegara Indonesia.” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997, iaitu minum minuman yang memabukkan.

Katanya, enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah, manakala tiga lagi dilepaskan dengan jaminan.

“Op Ambang itu dilakukan di seluruh negeri di beberapa lokasi tumpuan yang menganjurkan pesta menyambut kedatangan tahun baru.

“Selain di Johor Bahru, enam tangkapan dilakukan di Kulai dan masing-masing dua di Segamat, Kluang dan Kota Tinggi dengan keseluruhan tangkapan seramai 21 orang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya