PANTAI Sura di Dungun, Terengganu yang sebelum ini sunyi ekoran musim tengkujuh diserbu orang ramai berikutan banyak kerang terdampar di situ.
Suasana di situ bagaikan pesta apabila ratusan pengunjung dan penduduk sekitar mengambil peluang mengutip hidupan marin itu sejak pagi semalam.
Orang ramai berpusu-pusu ke pantai itu bersama ahli keluarga membawa pelbagai peralatan termasuk sauk dan baldi untuk mengutip kerang.
Fenomena kerang terdampar di pantai itu bukanlah fenomena baharu, malah merupakan saat yang ditunggu-tunggu setiap kali Monsun Timur Laut. – UTUSAN