Pesawah ‘gulung tikar’ jika harga belian padi kekal RM1,300

Pesawah ‘gulung tikar’ jika harga belian padi kekal RM1,300

PESAWAH ‘gulung tikar’ jika harga belian padi kekal RM1,300. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu-Islam (Nasionalis) menggesa kerajaan melaksanakan langkah drastik bagi memastikan nasib pesawah terbela.

Presiden Nasionalis, Aminuddin Yahaya berkata, golongan pesawah semakin tertekan dengan harga kawalan beras yang rendah dan kos menanam padi meningkat, malah berpotensi menyebabkan mereka menggulung tikar.

Kata beliau, ketika ini, sudah ada pesawah yang telah mula menjual sawah padi mereka kerana tidak lagi sanggup untuk menampung kos yang semakin meningkat.

“Dahulu kita pernah ada sampai 300,000 pesawah namun kini hanya tinggal 200,000 orang. Majoriti adalah orang senior manakala pesawah yang bawah 40 tahun hanya tinggal 10 hingga 20 peratus.

“Penurunan harga belian ini akan memberikan kesan kepada kelangsungan aktiviti pesawah, ditambah pula dengan kenaikan pelbagai kos operasi seperti kos benih, sewa tanah dan kos-kos lain yang berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi Dialog Prihatin Rakyat, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, sebagai langkah proaktif, kementerian perlu menaikkan kembali harga belian padi kepada harga semasa iaitu antara RM1,500 hingga RM1,800.

“Selain itu, agensi seperti Bahagian Pembangunan Industri Padi dan Lembaga Pertanian Peladang perlu dikuatkuasakan untuk memantau agar tidak berlaku elemen penindasan kepada pesawah.

“Pada masa sama, kementerian perlu mendapatkan pandangan wakil pesawah agar setiap polisi yang dikenakan dapat mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, harga lantai padi RM1,300 tidak lagi relevan kerana pesawah perlu menanggung 55 peratus kos secara keseluruhan.

“Sudah tentu kami memerlukan satu harga lantai daripada pihak kerajaan untuk mengimbangi kembali kos yang kami tanggung ini. Pada masa sama, selepas penyasaran diesel pada 10 Jun lalu dan sehingga ke hari ini kami terpaksa tanggung kos yang melibatkan kerja-kerja aktiviti-aktiviti sawah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya