Pesawah berisiko ‘gulung tikar’ jika harga belian padi kekal RM1,300

Pesawah berisiko ‘gulung tikar’ jika harga belian padi kekal RM1,300

AMINUDDIN (tiga dari kanan) bersama barisan NGO Pesawah ketika mendengarkan cadangan dari peserta pada sesi Dialog Prihatin Rakyat, di sini, hari ini. - UTUSAN/AIMAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu-Islam (Nasionalis) menggesa kerajaan melaksanakan langkah drastik bagi memastikan nasib pesawah terbela.

Presiden Nasionalis, Aminuddin Yahaya berkata, golongan pesawah semakin tertekan dengan harga kawalan beras yang rendah dan kos menanam padi yang meningkat malah berpotensi menyebabkan mereka menggulung tikar.

Kata beliau, ketika ini, sudah ada pesawah yang telah mula menjual sawah padi mereka kerana tidak lagi sanggup untuk menampung kos yang semakin meningkat.

“Dahulu, (kita) pernah ada sampai 300,000 pesawah namun kini sekarang hanya tinggal 200,000 sahaja. Majoritinya yang terlibat dengan aktiviti pesawah ini adalah orang yang senior manakala pesawah yang bawah 40 tahun hanya tinggal 10 hingga 20 peratus.

“Kamk bimbang terhadap nasib pesawah mengenai cadangan penurunan harga belian padi kepada RM1,300 satu tan metrik seperti yang dilaporkan di dalam media sosial.

“Penurunan harga belian ini akan memberikan kesan kepada kelangsungan aktiviti pesawah, ditambah pula dengan kenaikkan pelbagai kos operasi seperti kos benih, sewa tanah dan kos-kos lain yang berkaitan,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi Dialog Prihatin Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, isu harga lantai padi menjadi objektif utama pesawah kepada kerajaan agar dinaikkan kepada RM1,800 bagi menampung kos operasi dan mengimbangi harga beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran.

Bagaimanapun pada 12 Januari lalu, kerajaan dilaporkan sedang meneliti untuk menaikkan harga lantai belian padi yang penetapannya sebelum ini diputuskan pada kadar RM1,300 bagi setiap tan.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, sebagai langkah proaktif, kementerian perlu menaikkan kembali harga belian padi kepada harga semasa iaitu antara RM1,500 hingga RM1,800.

“Selain itu, menguatkuasakan agensi seperti Bahagian Pembangunan Industri Padi dan Lembaga Pertanian Peladang untuk memantau agar tidak berlaku elemen penindasan kepada pesawah.

“Pada masa sama, kementerian perlu mendapatkan pandangan wakil pesawah agar setiap polisi yang dikenakan dapat mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, harga lantai padi RM1,300 tidak lagi relevan kerana pesawah perlu menanggung 55 peratus kos secara keseluruhan.

“Sudah tentu kami memerlukan satu harga lantai daripada pihak kerajaan untuk mengimbangi kembali kos yang kami tanggung ini. Pada masa sama, selepas penyesaran diesel pada 10 Jun lalu dan sehingga ke hari ini kami terpaksa tanggung kos yang melibatkan kerja-kerja aktiviti-aktiviti sawah.

“Jadi secara tidak langsung kos itu telah ditanggung menyebabkan pelaksanaan ‘fleet card’ tidak sampai kepada sasaran. Inilah yang menyebabkan kami berada dalam keadaan yang tertekan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya