PETALING JAYA: Persatuan bas sekolah yang mengumumkan kenaikan harga secara terbuka boleh dikenakan tindakan kerana bertindak secara kartel. Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Idrus Harun berkata, tindakan persatuan perniagaan itu mengaburi mata rakyat dan mempromosikan amalan kartel. Katanya, ia bukan sahaja boleh mempengaruhi harga pasaran, malah berisiko menjejaskan ekonomi dan membebankan hidup rakyat. Menurut beliau, maklumat mendapati ada persatuan yang cuba menyamar keputusan mereka sebagai jangkaan kenaikan harga masa depan atau panduan harga, sedangkan ia sebenarnya adalah keputusan terancang berunsur kartel. “MyCC tidak terkejut jika ada persatuan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya