Permohonan perlu dikemukakan pertimbangan mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang - Istana Negara

Permohonan perlu dikemukakan pertimbangan mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang – Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak yang ingin mengemukakan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, justeru itu semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang ditetapkan.

Kata kenyataan itu, Seri Paduka mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda.

“Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak yang ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberik keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan  yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya