Permintaan udang galah meningkat

Permintaan udang galah meningkat

JETI Nelayan Pengkalan Kempas, Linggi, Port Dickson sering menjadi pilihan pemancing bagi memburu udang galah dari Sungai Linggi yang mendapat permintaan tinggi sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sekurang-ku­rangnya 100 kilogram udang galah liar dari kawasan Pengkalan Kempas, Linggi di sini perlu diperoleh nelayan ma­hu­pun pemancing bagi memenuhi permintaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Seorang nelayan di situ, Lee Ching Dong, 38, berkata, dia sudah mempunyai lebih 10 pelanggan yang mahukan bekalan ‘sepit biru’ untuk dijadikan juadah ‘makan besar’ sempena perayaan tersebut.

“Kalau saya sendiri sahaja memang tidak mampu meme­nuhi permintaan pelanggan jadi saya akan minta bantuan beberapa nelayan lain dan juga pemancing.

“Kebiasaannya, hasil yang mampu saya peroleh pun sekitar dua ke tiga kilogram sahaja dalam tempoh dua hari mengikut keadaan air sungai serta cuaca pada hari penca­rian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ujar Ching Dong, bilangan udang galah bagi setiap sekilo­gram bergantung kepada saiz, jika bersaiz kecil mampu mencecah sehingga 30 ekor

“Biasanya bagi sambutan Tahun Baharu Cina, udang bersaiz tiga inci jadi pilihan. Ia kemudiannya dimasak secara stim, masak masam manis, goreng mentega telur dan juga goreng telur masin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya