Perjalanan dua wanita ke Kuil Sri Marathandavar berakhir tragedi

Perjalanan dua wanita ke Kuil Sri Marathandavar berakhir tragedi

AHLI keluarga mangsa yang terlibat kemalangan maut meragut dua nyawa semasa di pekarangan Unit Hospital Jengka, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Perjalanan dua wanita India dari Selangor untuk bersembahyang di Kuil Sri Marathandavar Aalayam di sini, berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Lebuh raya Pantai Timur (LPT) hari ini.

Mangsa penumpang belakang kereta Nissan Almera, V. Kohmathy, 61, dari Jalan Sungai Nangka, Taman Banting Mewah, Banting, Selangor dan P. Vasanthy, 60, dari Bandar Putera 2, Klang, Selangor.

Mangsa bersama pemandu kereta, S. Nishantini dan K. Turgaa Shini menaiki sebuah kereta dari Banting ke kuil Sri Marathandavar yang merupakan antara tempat ibadat utama penganut agama Hindu selepas Batu Caves.

Difahamkan, kedua-dua mangsa kali pertama ke kuil berkenaan sempena sambutan tahun baharu 2025 setelah hajat sering tertangguh kerana pelbagai masalah.

Anak lelaki ketiga mendiang Kohmathy,  P. Premkumar berkata, ibunya sangat gembira ke Kuil Sri Marathandavar untuk bersembahyang sempena tahun baharu.

“Emak teruja untuk bersembahyang di kuil itu kerana tidak pernah menjejak kaki di situ walaupun kuil menjadi lokasi penting kepada penganut agama Hindu.

“Saya masih terbayang wajah ceria emak semasa bertolak dari Banting kira-kira pukul 7.30 pagi. Mak menggenggam tangan saya dan mencium dahi saya sebelum masuk ke kereta,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pekarangan unit forensiK Hospital Jengka hari ini.

Kejadian 11.15 pagi itu turut mengakibatkan dua individu lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 152, LPT berdekatan Felda Sungai Nerek. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya