NAFAS Roy yang hangat, sampai ke pipi Ella. Sudah berkali-kali Ella mengundurkan kerusinya ke belakang tetapi wajah Roy tetap terasa dekat dengan wajahnya. Ella tahu Roy mahu menunjukkan pembetulan yang perlu dibuat tetapi tidak bolehkah bercakap dalam jarak yang wajar? Dia tidak punya masalah pendengaran. Jadi, apakah rasionalnya berada dalam jarak dekat? “Faham?” Tanya Roy lalu menegakkan tubuhnya. Ella mengangguk malas. Sejujurnya, dia tidak fokus tetapi dia tidak mahu panjang cerita. Harapnya, Roy cepat-cepat kembali ke meja kerjanya sendiri. Pandai-pandailah dia menyelesaikan pembetulan itu nanti. Lagi pula, dia cuma diminta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya