‘Perhalusi kembali syarat wajib sijil halal’

‘Perhalusi kembali syarat wajib sijil halal’

LEE Chean Chung (kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang di hadapan sebuah premis perniagaan di Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan diminta memperhalusi kembali keputusan mewajibkan tujuh kategori perusahan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai syarat memperbaharui lesen perniagaan berkuat kuasa tahun ini.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen, Lee Chean Chung berkata, keputusan tersebut dilihat sebagai langkah tergesa-gesa yang boleh menimbulkan implikasi negatif terhadap peniaga-peniaga kecil termasuk dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri.

Beliau memahami niat baik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agama di Kelantan yang mahu mempromosikan industri halal negara tetapi ia sepatutnya berkembang melalui kaedah dorongan kepada peniaga dan bukan secara mewajibkan atau paksaan.

“Saya amat menyokong pembangunan ekonomi dan kewangan Islam termasuk industri halal negara yang dikagumi serata dunia. Ia sememangnya menjadi satu kebanggaan kepada kita semua.

“Tetapi ia harus berkembang melalui sistem dorongan dan bukan paksaan kepada peniaga. Inilah resipi atau formula kejayaan kita,” katanya dalam sidang akhbar berhubung isu itu, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, Kerajaan Negeri Kelantan harus sedar bahawa langkah mewajibkan pensijilan halal tergesa-gesa boleh membawa rantaian implikasi negatif terhadap peniaga-peniaga kecil dan perusahan-perusahan premis milikan tunggal.

“Perlu disedari premis-premis kopitiam tradisional di Kelantan kebanyakannya merupakan milikan tunggal dan mengambil bekalan barangan jualan daripada pembekal-pembekal dari kalangan kalangan peniaga kecil Melayu yang menjalankan perusahan di rumah.

“Kebanyakan pembekal berkenaan berdepan kesukaran mendapatkan sijil halal termasuk dari sudut kos operasi dan ini boleh menimbulkan implikasi pembekal hilang punca pendapatan apabila tidak dapat meneruskan perusahaan berikutan tidak mempunyai sijil halal,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya