Perdana Menteri sumbang RM80,000 kepada mangsa kebakaran Tanjung Dawai

Perdana Menteri sumbang RM80,000 kepada mangsa kebakaran Tanjung Dawai

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim (lima kiri) menyampaikan replika cek bantuan khas Perdana Menteri kepada 16 mangsa kebakaran di PPS SJKC Choong Cheng, Tanjung Dawai di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 16 keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah di Tanjung Dawai, di sini, Ahad minggu lalu menerima bantuan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim berjumlah RM80,000.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Choong Cheng yang menempatkan kesemua mangsa.

Muhammad Kamil berkata, setiap keluarga menerima RM5,000 yang dapat menampung beban mereka ekoran kebakaran tersebut.

“Diharap sumbangan ini dapat mereka gunakan untuk mencari penempatan sementara sehingga status penempatan kekal dapat diputuskan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa-mangsa yang terjejas akan berada di PPS itu sehingga mereka dapat berpindah ke penempatan baharu yang lebih selesa.

“Sudah tentu duduk di PPS ruang agak terhad, satu keluarga satu khemah dan satu keluarga ada dua hingga empat anggota jadi keadaan kurang selesa. Tapi mereka reda dan pasrah dengan apa yang terjadi.

“Kalau sukar dapatkan penempatan baharu di kawasan sini, terpaksa keluar jauh sedikit kerana kita tiada pilihan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya