Perdana Menteri harap insiden pukul OKU tidak berulang - Utusan Malaysia

Perdana Menteri harap insiden pukul OKU tidak berulang

AZMAN ABIDIN (kiri) menyantuni keluarga Ahmad Nor Al Faizan Jusoh di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap insiden memukul lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental hingga cedera di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di Kemaman baru-baru ini tidak akan berulang.

Pesanan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin selepas melawat lelaki OKU mental tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini hari ini.

Beliau berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu terkenal dengan tahap kesabaran dan budi bahasa yang tinggi.

“Namun, ia telah pun terjadi dan diharap insiden ini menjadi pengajaran kepada semua.

“Agak merisaukan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga sedangkan insiden ini tidak mencerminkan (sikap) sebenar masyarakat di Terengganu.

“Hanya segelintir yang kurang sabar dan mengambil tindakan sendiri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki OKU mental tersebut, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47,  cedera dipukul beberapa individu kira-kira selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar salah sebuah gerai jualan di pasar tani berkenaan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.

Video mengenai insiden itu tular dalam media sosial dan mengundang simpati ramai yang menyifatkan tindakan pelaku adalah di luar batas kemanusiaan.

Menurut Azman, lelaki OKU mental tersebut semakin sihat dan berkemungkinan dibenarkan keluar dari hospital, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya