Perbezaan pandangan dengan Hilman, pemimpin Armada letak jawatan

Perbezaan pandangan dengan Hilman, pemimpin Armada letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan jawatan kerana perbezaan pendirian dengan Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham.


“Keputusan ini diambil atas faktor perbezaan pendirian antara pihak saya dengan Muhammad Hilman berkenaan struktur pentadbiran Armada yang dilihat luar dari kebiasaan dan tidak menggambarkan amalan pentadbiran yang baik dengan risiko menggugat kestabilan Armada Bersatu seluruhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katannya, beliau masih mengekalkan exco Armada kerana jawatan itu dipilih oleh majoriti perwakilan.

Menurut beliau, walaupun tiada portfolio, beliau akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh organisasi Armada serta membimbing ahli untuk menghadapi cabaran politik yang dinamik.

“Sungguhpun begitu, saya akan menjalankan peranan dan tugas sebagai Exco tanpa portfolio dengan fokus penyediaan kendiri untuk menjadi kalis cabaran dinamika politik, perubahan sosial dan ketidaktentuan ekonomi ke arah misi memenangi pilihan raya dan Bersatu sebagai parti pilihan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya