INI bukan kali pertama Hollywood memaparkan
cerita selebriti bergaduh.
Namun kali ini tumpuan yang diberikan peminat industri seni global berbeza apabila kes saman-menyaman melibatkan diva kesayangan ramai, Blake Lively terhadap hero dan juga pengarah filem It Ends With Us, Justin Baldoni.
Awalnya, hanya terdapat khabar angin sahaja bahawa hubungan mereka tidak begitu baik kerana Baldoni dan Blake dilihat jarang mempromosikan filem lakonan mereka itu bersama-sama.
Ramai yang saling meneka-neka apalah punca pergaduhan dua pelakon popular itu, tapi gagal menemui jawapan.
Semuanya menjadi lebih panas apabila Blake tiba-tiba menyaman Baldoni dan juga penerbit filem
itu, Jamey Heath, yang didakwa melakukan gangguan seksual dengan perangai mencurigakan.
Ia satu kes besar kerana kedua-dua lelaki itu merupakan penyokong kempen #MeToo iaitu gerakan
popular yang mem per juangkan hak wanita di Amerika Syarikat.
Saman tersebut turut disusuli bukti iaitu ribuan mesej daripada emel yang diberikan melalui sepina- iaitu writ perintah yang dikeluarkan oleh agensi berkuasa.
Selain itu, Blake mendakwa kedua-dua lelaki itu menimbulkan suasana kurang selesa di set penggambaran apabila menunjukkan video wanita
bogel, membincangkan masalah pornografi mereka berdua, bercakap mengenai kematian bapa Blake dan mempersoalkan berat badan Blake.
Semasa penggambaran, Blake menyuarakan rasa tidak selesanya terhadap sikap mereka berdua
sebelum masing-masing bersetuju untuk mula menjaga batas.
Dalam mesyuarat, suami Blake iaitu pelakon Ryan Reynolds meminta agar koordinator intimasi ada bersama mereka terutama ketika melakukan babak intim.
Bagaimanapun, Baldoni tidak berdiam diri dan berkata soalan mengenai berat badan tersebut
penting kerana dia perlu bersedia melakukan babak dukung Blake dalam keadaan mengidap sakit
tulang belakang.