Perak FC rakam kemenangan 7-0 ke atas Kelantan - Utusan Malaysia

Perak FC rakam kemenangan 7-0 ke atas Kelantan

PEMAIN Perak FC meraikan jaringan ketika menentang Kelantan Darul Naim pada perlawanan Liga Super di Stadium MP Manjung di Lumut. - UTUSAN/IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Perak FC merakam kemenangan besar pertamanya dalam Liga Super apabila membelasah  Kelantan Darul Naim 7-0 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran (MP) Manjung di sini.

Dengan kemenangan itu, Perak FC kini menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 22 mata hasil enam kali menang dan empat seri.

Pada perlawanan di sini, Clayton Da Silva menjaringkan empat gol manakala Luciano Guaycochea, Adilet Kanybekov dan Tommy Mawat masing-masing satu gol.

Perak mendahului tiga gol pada babak pertama melalui jaringan Clayton Da Silva pada minit kelapan, disusuli jaringan Luciano pada minit ke-14 dan gol Adilet pada minit ke-23.

Perak menguasai penuh aksi babak kedua dan menambah empat lagi gol, bermula dengan dua gol Clayton Da Silva masing-masing pada minit ke-56 dan minit ke-62.

Tommy Mawat menjaringkan gol keenam pasukan tuan rumah pada minit ke-69 sebelum Clayton Da Silva meledak gol keempat peribadi pada minit ke-90 untuk perlawanan berakhir 7-0 memihak pasukan tuan rumah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya