Penyejuk udara untuk 16 sekolah

Penyejuk udara untuk 16 sekolah

SEBANYAK 16 buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Air Itam di Pulau Pinang menerima sumbangan penyejuk udara daripada Ahli Parlimen Gelugor, Ramkarpal Singh baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 16 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam menerima 34 unit penyejuk udara yang disumbangkan Pejabat Parlimen Bukit Gelugor, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, program penyerahan penyejuk udara itu bermula dengan kumpulan pertama melibatkan 16 sekolah.

‘’Kumpulan kedua akan menyusul tidak lama lagi, merangkumi semua agensi yang selebihnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang pula memberitahu, pihaknya amat menghargai sumbangan Ramkarpal itu yang prihatin dengan keadaan persekitaran pembelajaran pelajar.

Katanya, sumbangan bernilai RM56,000 itu dapat direalisasikan hasil perbincangan dengan Ramkarpal.
“Setiap unit penyejuk udara berharga kira-kira RM1,600. Jadi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ramkarpal atas peruntukan ini.

“Sistem pendidikan di sekolah amat penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan persekitaran sekolah memainkan peranan besar dalam memudahkan proses pembelajaran,” katanya.
Majlis penyerahan telah berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Nan dan dihadiri wakil kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, iaitu Evon Tan, serta Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut, Mohamad Zawawi Ahmad.

Sementara itu, Mohamad Zawawi pula berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan tersebut dan menekankan kepentingannya dalam memberikan keselesaan kepada pelajar terutamanya dalam cuaca panas sekarang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN