Penyanyi dialek Kelantan, lima rakan tiba di Mahkamah Narathiwat

Penyanyi dialek Kelantan, lima rakan tiba di Mahkamah Narathiwat

TRAK membawa sohor Kelantan bersama lima rakannya tiba untuk perbicaraan di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Penyanyi wanita Kelantan bersama lima rakannya yang ditahan polis bersama bersama 6,000 biji pil kuda di Golok, 1 November lalu tiba di Mahkamah Narathiwat di sini untuk perbicaraan hari ini.

Kesemua tertuduh yang menaiki trak tiba pada pukul 9.30 pagi. Difahamkan, perbicaraan itu berlangsung pada pukul 1 petang ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan dan lima individu yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok, Thailand pada minggu lalu ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan.

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat berkata, tahanan reman itu dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, kesemua individu itu akan dihantar ke Penjara Narathiwat sepanjang tempoh tersebut.

Mengikut undang-undang di Thailand, kesalahan memiliki 6,000 pil kuda boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda 200,000 baht atau RM25,880. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN