Penyanyi dialek Kelantan mengaku ambil dadah, bukan memiliki - Utusan Malaysia

Penyanyi dialek Kelantan mengaku ambil dadah, bukan memiliki

TRAK membawa sohor Kelantan bersama lima rakannya tiba untuk perbicaraan di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND:  Penyanyi wanita dialek Kelantan, Eda Ezrin dan suaminya serta empat lagi rakan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini hari ini atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30; suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama empat lagi tertuduh iaitu Eridieka Mohd. Noor,

33; Mohamad Alif Derama, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah.

Bagaimanapun mereka tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat sini, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan sendiri oleh Hakim Yuan Khao Kham di Bilik 9, Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini.

Khao Kham memerintahkan kesemua tertuduh mengemukakan bukti kukuh bahawa mereka tidak memiliki kesemua dadah tersebut sebelum perbicaraan kes dijalankan bagi pertuduhan memiliki dadah.

Sementara itu, Eridieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini.

Kesemua tertuduh diwakili tiga peguam yang dilantik oleh mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 11,12 dan 14 Februari ini untuk perbicaraan kes.

Hakim turut menetapkan awal Mac depan bagi prosiding jatuh hukum.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan dan lima individu yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok, Thailand pada minggu lalu ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan.

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat berkata, tahanan reman itu dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, kesemua individu itu akan dihantar ke Penjara Narathiwat sepanjang tempoh tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya