Penipuan umrah: 7 termasuk pemilik syarikat disambung reman, isteri bebas jaminan

Penipuan umrah: 7 termasuk pemilik syarikat disambung reman, isteri bebas jaminan

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai tujuh individu yang ditahan berkaitan penipuan umrah disambung reman selama sehari selepas sebuah syarikat pelancongan didakwagagal menerbangkan jemaah umrah ke Mekah, Selasa lalu. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya mendapat perintah sambung reman itu termasuk pemilik syarikat pelancongan terbabit. 

“Seorang lagi suspek iaitu isteri kepada pemilik syarikat dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Media semalam melaporkan sebanyak 31 laporan diterima di Selangor dengan kerugian kira-kira RM2.1 juta membabitkan penipuan umrah. 

Hussein dilaporkan berkata, daripada jumlah terbabit, sebanyak 19 laporan dibuat daripada mangsa yang mewakili setiap keluarga manakala 11 lagi daripada ejen dan satu laporan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Kelmarin, seramai lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik sebuah syarikat pengendali umrah berusia antara 24 hingga 46 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Siasatan awal mendapati syarikat pengendali umrah itu mula beroperasi sejak tahun 2022 dan telah berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober tahun lalu.

Penahanan dibuat selepas polis menerima tujuh laporan awal mengenai penipuan pakej umrah yang diiklankan melalui aplikasi TikTok dan ejen syarikat.

Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya