Peniaga sayur lesap RM214,700 diperdaya ‘Nurina Farina’

Peniaga sayur lesap RM214,700 diperdaya ‘Nurina Farina’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga sayur berputih mata apabila wang simpanan dan gadaian barang kemas bernilai RM214,700 lesap akibat terpedaya dengan sindiket skim pelaburan tidak wujud dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, wanita berusia 54 tahun itu terpikat dengan satu iklan pelaburan pada 11 Disember tahun lalu.

Katanya, mangsa kemudian menghubungi seorang lelaki dikenali sebagai ‘Zulfikar’ melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan tersebut sebelum diminta menghubungi seorang lagi individu bernama ‘Nurina Farina’ kononnya bagi mendapatkan maklumat pelaburan lebih terperinci.

“Mangsa yang berasal dari Tepoh, Kuala Nerus itu dijanjikan keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa tiga hingga enam jam dengan modal asas sebanyak RM500.  Tanpa berfikir panjang, mangsa yang ghairah mahu mendapatkan keuntungan besar secara mudah telah membuat pelaburan pertama seperti diarahkan,” katanya hari ini.

Azli berkata, selepas beberapa jam berlalu, mangsa dihubungi Nurina Farina dan dimaklumkan mendapat keuntungan pertama namun dia diminta terus membuat pembayaran lain dengan alasan mahu melancarkan urusan pengeluaran keuntungan.

Beliau berkata, mangsa membuat 42 kali transaksi kewangan ke 16 akaun bermula pertengahan Disember lepas hingga 21 Januari lalu namun tetap gagal mengeluarkan hasil keuntungan pelaburan yang dijanjikan.

“Mangsa yang sangat kecewa akhirnya sedar telah ditipu dan tampil membuat laporan polis pada 7.24 petang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya