Peniaga mengaku salah miliki 148 laras senjata tiruan

Peniaga mengaku salah miliki 148 laras senjata tiruan

WAN Muhammad Faezyl Wan Mansor (kiri) diiring polis keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang peniaga kedai mainan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki 148 laras senjata tiruan, Ahad lalu. 

Tertuduh, Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin. 

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memiliki sembilan laras senjata palsu tiruan yang berada di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal, di sini. Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 5 Januari lalu kira-kira pukul 2.30 petang. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 iaitu memiliki dan mengimport senjata tiruan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum hingga satu tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa mengikut seksyen sama kerana didapati memiliki 139 laras senjata tiruan. Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada tarikh yang sama, kira-kira pukul 3.45 petang di kediamannya, di Kerteh di sini.

Mahkamah menetapkan 13 Januari ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diberi jaminan sebanyak RM6,000 iaitu RM3,000 bagi setiap pertuduhan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya