Peniaga didenda RM1,800 cabul wanita warga asing

Peniaga didenda RM1,800 cabul wanita warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencabul kehormatan seorang wanita warga asing selepas sambutan Tahun Baharu, seorang peniaga didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu, dua hari lalu.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membuat keputusan itu setelah tertuduh, Siow Wei Hao, 28, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh boleh dipenjara selama lima bulan.

Mengikut pertuduhan, Wei Hao telah mencabul kehormatan seorang wanita warganegara China pada pukul 12.05 malam, 1 Januari lalu di pusat beli belah TRX, di sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, Wei Hao merayu hukuman minimum dikenakan terhadapnya kerana telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

“Saya juga telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Dimohon agar mahkamah mempertimbangkan hukuman paling minimum,” katanya.

Menurut fakta kes, semasa mangsa sedang dalam perjalanan keluar dari pusat beli belah TRX yang ketika itu dalam keadaan sesak, seorang lelaki telah melintas di hadapannya dan mencabulnya sebelum melarikan diri. 

Bagaimanapun, lelaki itu telah berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya