Pengurus syarikat rugi lebih RM130,000, terpedaya pelaburan BSKL

Pengurus syarikat rugi lebih RM130,000, terpedaya pelaburan BSKL

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus berputih mata apabila wang simpanan lebih RM130,000 lebur kerana terpedaya dengan ajakan melabur oleh seorang individu yang mengaku sebagai pegawai bank terkemuka.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian, semalam.

Menurut beliau, mangsa mula dihubungi suspek yang menawarkan peluang pelaburan saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada September lalu.

“Pelaburan itu didakwa mampu beri pulangan hingga 20 peratus daripada jumlah modal yang dilabur, menyebabkan mangsa tertarik dan membuat 30 transaksi berjumlah RM138,300 antara 13 November hingga 14 Disember lalu.

“Namun pada awal Januari lalu, suspek memaklumkannya mangsa bahawa nilai saham dibelinya merosot sebelum menyekat mangsa daripada menghubunginya,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, mangsa yang menyedari telah menjadi statistik sindiket penipuan akhirnya membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala siasatan turut menjurus kepada penglibatan keldai akaun dengan tindakan tegas akan diambil kepada pemilik akaun berkenaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya