Penghantaran pulang rakyat Palestin dibuat sejurus dapat lampu hijau

Penghantaran pulang rakyat Palestin dibuat sejurus dapat lampu hijau

ADLY (dua kanan) bersama Mohamed Khaled dalam satu majlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan kini dalam proses mengemas kini pelan penghantaran pulang kumpulan warga Palestin yang dirawat di Malaysia ke negara asal. 

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata,  operasi penghantaran akan dilaksanakan sejurus mendapat lampu hijau menerusi kelulusan pihak berkuasa Palestin dan Mesir. 

Katanya, pihak kementerian juga memantau rapat perkembangan situasi di Palestin sebelum melaksanakan sebarang misi penghantaran pulang. 

“Operasi ini sebahagian program kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi  juga sudah maklum mengenai perkara tersebut (penghantaran pulang). 

“Ini masa sesuai untuk menghantar mereka pulang. Jadi beberapa aspek lain perlu dilihat sebelum operasi dapat dilaksanakan,” katanya ketika menghadiri  Majlis Hi-Tea Jabatan Hal Ehwal Veteran  ATM Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini. 

Sebelum ini, 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza tiba di Malaysia dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pada 16 Ogos lalu.

Misi itu dilaksanakan atas pertimbangan kemanusiaan, selain menunjukkan solidariti rakyat negara ini bersama warga Palestin serta pendirian Malaysia menentang tindakan tidak berperikemanusiaan atau genosid.

Dalam pada itu, Adly berkata, JHEV sentiasa terbuka untuk menerima sebarang aduan berhubung kiraan pencen, susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Beliau berkata JHEV juga telah membuka bilik gerakan untuk memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan kepada bekas tentera.

“Sebab itu (JHEV) memang sentiasa terbuka kalau ada persoalan berbangkit (mengenai) pendapatan atau kaedah pengiraan itu saya fikir JHEV sentiasa terbuka untuk terima aduan mahupun bagaimana pengiraan dibuat.

“Daripada awal sebelum penyelaras pencen itu anggota veteran kita memang diberi makluman tentang kaedah pengiraan dan bagaimana mereka boleh dapatkan formula pengiraan itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya