Penghantar makanan didenda RM5,000 miliki video, gambar lucah

Penghantar makanan didenda RM5,000 miliki video, gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penghantar makanan dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas   mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan pilihan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya, dua tahun lalu. 

Tertuduh yang juga pesalah muda, Muhammad Syahir Ikhwan Jamaludin, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin. 

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dikenakan penjara selama lima bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh telah didapati dalam milikannya bahan-bahan lucah iaitu video lucah dan imej lucah yang disimpan dalam telefon bimbit jenama iPhone 11 miliknya. 

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan dekat Taman Desa Rusa, Port Dickson kira-kira pukul 2.30 petang pada 3 September 2023.

Tertuduh justeru telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. 

Peguam Joseph Mathews yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan mengambil kira faktor umur anak guamnya yang masih muda. . 

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan tahap keseriusan kesalahan dilakukan. 

Dalam prosiding hari ini, Pegawai Sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengemukakan laporan sosial dan turut mengesyorkan tertuduh tidak menjalani hukuman penjara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya