Pengedar ditahan bersama 3kg syabu bernilai RM96,000

Pengedar ditahan bersama 3kg syabu bernilai RM96,000

SHAHRULANUAR MUSHADDAT ABDULLAH SANI (dua dari kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas daripada seorang lelaki di Simpang Lima Batu Pahat pada Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Polis menahan seorang pengedar dadah dan merampas syabu seberat 3.08 kiologram dianggarkan bernilai RM96,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Simpang Lima di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Beliau berkata, siasatan awal mendapati negara ini dijadikan sebagai transit pengedaran dadah sebelum diedarkan ke selatan tanah air.

“Dadah tersebut dibungkus secara berasingan dengan setiap bungkusan seberat 1,010 gram, 1,030 gram dan 1,040 gram, anggaran nilai RM32,000 setiap satu bungkus. Dadah yang dirampas mampu menampung penggunaan sehingga 6,160 orang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Shahrulanuar berkata, turut dirampas sebuah motosikal anggaran harga RM3,000 menjadikan nilai rampasan keseluruhan RM99,000

Katanya, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, namun tiada rekod jenayah lampau. 

“Suspek direman selama lima hari hingga 7 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya