Pengawal peribadi tidak mengaku acu pistol 

Pengawal peribadi tidak mengaku acu pistol 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengacukan pistol kepada dua orang pekerja kedai emas, tiga minggu lalu.

Tertuduh, Saifulzaman Hamzah, 45, didakwa mengacukan senjata api semasa melakukan rompakan bagi mendatangkan ketakutan mati atau cedera ke atas dua mangsa wanita, masing-masing berusia 21 dan 18 tahun. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan sekitar pukul 12.45 tengah hari, pada 4 Januari 2025 di sebuah pusat beli-belah di Cheras di sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan maksimum enam kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee Yee Khuan tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes berkenaan merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin. 

Bagaimanapun, peguam bela, Mohd. Hisham Md. Nen yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan alasan dia merupakan penanggung utama keluarga.

“Dengan budi bicara mahkamah, saya merayu supaya membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia merupakan penanggung tunggal bagi isteri yang tidak bekerja dengan tiga orang anak berserta ibu bapanya yang telah uzur,” katanya.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 24 Februari hadapan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya