Pengarah agensi umrah ditahan polis

Pengarah agensi umrah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah urusan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kegagalan menghantar kumpulan jemaah menunaikan umrah seperti dijanjikan.

Lelaki tersebut ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor pada pukul 6.45 petang sejurus selepas mengadakan sidang media dan perjumpaan dengan jemaah yang terjejas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat oleh beberapa jemaah yang mendakwa penerbangan mereka tidak diteruskan seperti dijanjikan.

“Polis turut merampas beberapa dokumen penting dalam serbuan di pejabat agensi pelancongan itu yang terletak di Sepang.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, sidang media yang dianjurkan agensi tersebut petang tadi untuk menjelaskan situasi kepada para jemaah bertukar kecoh apabila ramai tidak berpuas hati dengan penjelasan dan tawaran penyelesaian yang diberikan.

Antara tawaran yang dikemukakan syarikat itu adalah pemulangan wang penuh dalam tempoh tiga hingga empat minggu atau penjadualan semula penerbangan dengan tambahan pampasan RM5,000 untuk menampung kos penginapan sepanjang tempoh mereka terkandas.

Bagaimanapun, ramai jemaah tidak bersetuju dengan tawaran itu dan menuntut pampasan wang segera.

Dalam pada itu, peguam syarikat berkenaan memaklumkan bahawa syarikat akan menyediakan surat aku janji (letter of undertaking) untuk memastikan penyelesaian dilaksanakan.

Polis menegaskan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya